SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Monday 27 June 2016

Hari Terbuka SMK Cheras


Hari Terbuka SMK Cheras di mana AJK KISB mula sibuk menghitung bilangan ibu bapa yang hadir. KISB juga membuka kaunter khas untuk ibu bapa yang berminat menyertai pasukan KSIB sekolah. Hari Pelaporan merupakan antara hari bertemu pelanggan iaitu ibu bapa yang dipandang tinggi oleh pihak JPWPKL kerana antara KPI yang perlu dicapai iaitu peratus ibu bapa yang hadir ke sekolah agar pihak sekolah tidak mendapat amaran merah sewaktu key in kehadiran ibu bapa dalam sistem KSIB. Klik link ini https://sarana.moe,gov.my untuk log in PIBK kehadiran ibu bapa untuk Hari Pelaporan. Pada tahun ini, kami mengadakan satu sesi agar memudahkan ibu bapa yang mempunyai anak dalam dua sesi untuk mengambil kad pelaporan. Selain itu, ia merupakan satu percubaan oleh pihak sekolah untuk melihat peratus kehadiran ibu bapa ke sekolah meningkat kepada 65% seperti KPI yang disasarkan kepada setiap sekolah.
Penyelaras KSIB sekolah ialah guru kaunseling iaitu Puan Rozinani yang membuka kaunter bersama AJK KSIB iaitu Puan Tan.

Monday 6 June 2016

Blog Sistem Dashboard Kaunselor Sekolah

Sila klik link ini dekssystem.blogspot.my
Bagi yang masih berminat untuk mengetahui apa itu sistem dashboard kaunselor sekolah, maka atas inisiatif pencipta sistem ini iaitu Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat maka satu blog khas mengenai sistem ini telah diwujudkan. Selain mempunyai site tutorial bagaimana menjalankan sistem ini bagi yang berminat sebelum menempahnya untuk kegunaan sekolah anda. Di blog ini juga diupload entri mengenai sekolah -sekolah yang telah menggunakannya dan perkembangan sistem dashboard ini yang diupload oleh Cikgu Padali semata-mata untuk memudahkan guru kaunseling lain yang berminat menggunakannya. Selain itu juga ia digunakan untuk memudahkan interaksi antara guru-guru kauneling yang telah menggunakannya. Setakat ini sebanyak 22 buah sekolah yang telah menggunakan sistem D'e-KS ini.
Dalam blog ini mengenai
- Pengenalan sistem D'e-KS ini
- Tutorial sistem S'e-KS ini klik blog khas ini juga tutorialsistemdeks.blogspot.my
- Cara pembinaan sistem dekssystem.blogspot.my/p/blog-page.html?m=1
Semoga bermanfaat untuk semua guru bimbingan dan kaunseling di Malaysia.



Sunday 5 June 2016

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SMK Cheras

Mesyuarat KSIB yang pertama atas inisiatif dari PIBG batch 2016 ini. Satu usaha yg menarik walaupun yang hadir 27 orang sahaja. Oleh kerana guru kaunseling penyelaras KSIB maka ia menjadi satu takwim penting untuk UBK. Antara AJK KISB yang dilantik ialah;
Pengerusi: En Romzee B Abd Rahman
Penyelaras: Puan Rina Kusnin Bt Ismail
Biro Akademik: Puan Nur Lahaniz Bt Daud/ En Mohd Rizal/ Pn Norfaizah/ Pn Sazalina
Biro Kokurikulum: Pn Jawaiyah Bt Ngah / Dato' Jasudass a/l A.Sebastian/ Pn Jurimah/En Hasbullah/ Pn Wan Darul
Biro 3K: Pn Siti Julaila Bt Othman/ Pn Zafnihad Firda/ Pn Nor hana/ Pn Fathylah
Biro Bina Insan, Sahsiah Dan Motivasi : En Azizul Azhar B Mohd Yusop/ Pn Mazlinda/Pn Rosniza/ En Amil
Biro Penyelenggaraan Dan IT: En Hanafiah Asmawi B Mohd Shah/ Pn Haniza
Biro Ekonomi Dan Pembangunan: Pn Tan Siew Hong/Pn Mazlinda/ Pn Rosniza/ En Amil
Setiap biro tersebut memerlukan 3 orang AJK ibu bapa dan seorang  guru  selaku exofficio akan dimasukkan ke dalam kumpulan tersebut. Pihak KSIB mengalu -alukan pentertaan lebih ramai ibu bapa dalam kumpulan sokongan ibu bapa ini. Pengerusi membentangkan terlebih dahulu mengenai peranan setiap biro untuk panduan AJK memilih mengikut minat dan sumbangan yang lebih optimum diberikan berdasarkan pengalaman masing - masin

Wednesday 1 June 2016

Hari Anugerah Berhenti Merokok

Program anjuran Klinik Kesihatan Cheras bermula seawal pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Bersama PRS Ting 4, aktiviti bengkel berhenti rokok ini merupakan satu input yang sangat informatif untuk murid mengambil bahan dan berkongsi untuk projek SLAD Skim Lencana Anti Dadah dan slot PRS memberikan taklimat kepada rakan  di sekolah. Program ini bercampur dengan jemputan dari pesakit yang telah berhenti merokok hasil klinik berhenti merokok tersebut, jururawat, ahli masyarakat setempat dan sebagainya. Maka aktiviti pembentangan mendapat respon dari pelbagai peringkat umur.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
Ucapan Aluan oleh Dr Sheela Bai P. Selvam
Ceramah Kesedaran Berhenti Merokok oleh Dr Hafsyah Bt Mohd Abu Bakar
Ceramah Terapi Gentian Nikotik oleh Wong Mei Mei
Aerobik oleh Team Physio
Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 oleh En Kuzakwan B T.Bongsu

Slot bual bicara bersama ikon berhenti merokok iaitu perokok tegar yang mendapatkan khidmat doktor di klinik berhenti merokok untuk membantu mereka berhenti merokok. Ada kes yang hanya boleh dijalankan melalui kaunseling dan ada kes yang memang memerlukan terapi