SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SMK CHERAS

Saturday 29 October 2016

Selamat Hari Jadi Warga Cherasian

Selamat Hari Jadi kepada warga Cherasian yang menyambut kelahiran pada bulan September dan Oktober. Bagi murid ting 5 saya terus mengadakan sambutan hari jadi dan pemberian kek hari jadi untuk November dan Disember. Begitu juga dgn murid ting 3 yg mana kehadiran semakin merosot, maka kami mengadakan sambutan hari jadi in advance untuk murid bulan kelahiran November dan Disember.

Macam macam stail penyerahan kek sama ada di tapak perhimpunan, di dewan, dalam kelas.bahkan di hadapan koperasi sendiri.

Bagi guru guru pula, PRS membantu mengedarkan hadiah tajaan pengetua dan kek tajaan koperasi.

Semoga dengan cara ini, ia membantu dalam meningkatkan indeks persepsi guru penyayang sekolah melalui budaya kasih sayang dan penghargaan kpd murid dan guru sewaktu hari jadi mereka. Dan yg lebih penting, menghargai hari penting seseorang menjadi budaya bagi warga Cherasian.

Friday 28 October 2016

Lawatan Penandaaras dari JK Guru Kaunseling Raub

Lawatan penandaaras seramai 29 orang dari Jawatankuasa Guru Kaunseling Daerah Raub Pahang ke SMK Cheras pada 26 Oktober 2016 dari pukul 10 pagi hingga 12.15 tengah hari. Terima kasih sudi singgah ke mari dan maafkanlah jika ada yang terkurang. Maklumlah kami ketika ini berkampung di AADK Bangi untuk seminar psikologi dan kaunseling disamping membuka booth pameran untuk  inovasi sistem e-klien kami. 

Seminar Psikologi Dan Kaunseling Kebangsaan 2016

Hari terakhir Seminar Psikologi Dan Kaunseling yang diadakan di AADK Bangi selama 3 hari dari 25 Oktober 2016 dari pukul 8.00 hingga 5 petang. Sepanjang 3 hari kami pasukan guru kaunseling SMK Cheras mengadakan pameran atas jemputan dari Bahagian Psikologi Kaunseling JPWPKL kerana merupakan penerima anugerah untuk pertandingan inovasi kategori sistem maklumat anjuran Bahagian Psikologi Dan Kaunseling KPM. Semalam pasukan WPKL menerima anugerah emas untuk pertandingan sistem maklumat Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2016 melalui sistem e-klien Unit Kaunseling SMK Cheras dan pingat perak melalui pertandingan inovasi kategori terapi untuk Laman Kasih Faridah dari UBK SK AU Keramat. Hari ini pula, Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling JPWPKL iaitu Cik Rosnah Bt Abdullah menerima piala untuk JPN yang Inovatif dan penarafan lima bintang untuk PPD Bangsar Pudu, PPD Sentul dan penarafan empat bintang bagi PPD Keramat.
Tahniah untuk team KL...go...KL..go...go...go :)

Selama 3 hari ini juga pelbagai aktiviti yang padat untuk semua peserta dan input yang berguna dalam bidang psikologi dan kaunseling.

Thursday 27 October 2016

Anugerah Emas Kategori Sistem Maklumat Pertandingan Inovasi Kaunseling Kebangsaan

Mendapat surat jemputan dari BPSK selaku penerima anugerah untuk pertandingan inovasi psikologi kaunseling kategori sistem maklumat yg telah dipertandingkan pada bulan September lepas menyebabkan kami merasa seronok kerana layak mendapat anugerah. Maka pada hari ini buat kali keduanya kami mengulang sejarah memperolehi piala pusingan bagi kategori sistem maklumat. Yang menariknya untuk tahun ini diperkenalkan  anugerah emas , perak dan gangsa. Sangat bagus daripada menggelarkan pemenang johan, kedua atau ketiga atau sagu hati. Ini kerana jika tempat kedua atau ketiga juga adalah bagus dan layak menerima anugerah emas, maka disebut pemenang anugerah emas krn ketinggian kualiti inovasi berbanding menyebut tempat kedua atau ketiga padahal kualiti adalah setara. Tahniah kpd Bahagian Psikologi Kaunseling yg membuat pembaharuan kpd sistem penyampaian anugerah. Satu lagi ialah pingat yg diberikan kpd setiap ahli kumpulan beserta sijil dan piala pusingan untuk sekolah. Wah yg ni pun bagus. Sekurang kurangnya setiap org memperolehi token untuk dikenang :)

Majlis penyampaian hadiah oleh Menteri Pendidikan sendiri di AADK, Bangi di Selangor sempena Seminar Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2016 yg menyebabkan kami tidak dapat menggunakan kamera kami sendiri dan menggunakan jurufoto profesional yg mana entah bila la boleh dapat di tangan saya. Tamat sahaja majlis, apalagi bergambar sakan sehingga orang dah nak tutup dewan utama. Hahaha memori terindah untuk dirakam so redha jela ye pembaca blog saya ni melihat kegedikan kami bergambar.

Tentunya yg paling excited ialah pembina sistem ini sendiri iaitu Padali. Kami hanya run the sistem sebab air tangan Padali masih lagi unggul dalam kategori sistem maklumat dan mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.
Keputusan penuh untuk setiap kategori akan saya share nanti sbb saya tidak mencatat tadi hihi dan saya akan share sinopsis dan ambil gambar projek inovasi penerima anugerah di booth mereka masing masing esok.

Terima kasih kepada semua pihak yang semtiasa memberikan sokongan kepada kami dari pengetua kepada guru -guru SMK Cheras, murid dan tidak lupa Ketua Sektor Psikologi Kaunseling JPWPKL iaitu Cik Rosnah Abdullah yang menggalakkan kami menghantar penyertaan.

Monday 17 October 2016

Johan Amalan Kaunseling Terbaik Kebangsaan : Sistem e- klien

Hari yang sangat bertuah pada 13 Oktober 2016. The reason why I love October very much compare with the other month...hahaha. Di Simposium Pengurusan HEM Kebangsaan, penyampaian hadiah dijalankan pada 13 Oktober 2016 berdasarkan bengkel penilaian pertandingan amalan dan kaunseling terbaik yg dijalankan pada September lepas di Batu Gajah, Perak.
Mendapat johan bagi amalan terbaik kaunseling peringkat kebangsaan dengan tajuk euphoria mempertaruhkan sistem e klien yang diamalkan di sekolah kami dan bonus berganda apabila kami juga merupakan finalis untuk pengurusan kaunseling terbaik dan mendapat tempat ke lima adalah satu memori yg sangat berharga. Buat masa ini tiada sekolah yg berjaya mendapat top 5 kebangsaan untuk dua kategori kaunseling dan kami berjaya memenangi hati juri :)